Assalamualaikum semua,
Bila CC minta maklumat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk dikemaskini dalam HRMIS, Che Kak pun teruslah godek fail lama. Cari punya cari, eh takde tarikh pula kat sijil! 😅
Akhirnya godek-godek Facebook sendiri. Nasib baik jumpa. Alhamdulillah, ada juga simpan dalam album gambar. Walaupun sekadar “set to only me”, Che Kak tetap abadikan momen tu dalam media sosial.
Gambar selipar jepun pun Che Kak pernah post, inikan pula APC, ya tak? 😝
🏆 Dua Kali Rasa Rezeki APC
Che Kak tak sangka pun dapat APC. Tak pernah mengharap pun, sebab tahu diri sendiri bukan jenis pekerja ‘top performer’ sangat. Tapi syukur, Allah bagi rezeki tu dua kali.
📌 Pertama kali – masa bertugas di PKMJ Pasir Mas, tahun 2010.
📆 Majlis berlangsung 19 Julai 2011.
👶 Masa tu tengah mengandung abang Afnan – rezeki anak sulung.
Paling ingat, masa tu Che Kak pakai baju yang suami belikan masa ke Laos. Nostalgia betul. Dan anugerah tu pun atas eHSAN dan kepercayaan bos masa tu – En Azman Mat Zain.
📌 Kali kedua – Mei 2017, masa berkhidmat dengan PKMJ di bawah Puan Azizan Aziz.
Waktu tu, Che Kak dan sahabat baik, Wan Azniha, semangat nak pakai baju sedondon. Masing-masing pening nak pilih kain. Rambang mata! Tapi itulah antara memori yang manis.
📸 Kenangan Lebih Bermakna Dari Anugerah
Tengok gambar-gambar lama dengan rakan sekerja, rasa sebak pun ada. Ada yang masih bersama, ada yang dah pindah atau bersara.
Anugerah itu hanya simbol. Tapi momen bersama sahabat sepejabat, itulah yang abadi.
❤️ Bukan Kerana Anugerah Kita Bekerja
Walaupun sekarang Che Kak tak fikir pun pasal APC, tapi itu bukan alasan untuk tidak beri komitmen. Amanah kerja tetap kena jaga. Gaji kita, datang dari kepercayaan orang pada tugas kita.
Rezeki dalam kerja makan gaji ni bukan semata-mata tentang anugerah.
Tapi tentang keberkatan dan tanggungjawab.
Bila kita ikhlas, bekerja dengan penuh amanah, walau tak nampak di atas kertas, Allah tetap balas dengan cara-Nya:
✅ Keluarga bahagia
✅ Anak-anak soleh
✅ Rezeki mencukupi
✅ Kesihatan yang baik
✅ Sahabat yang baik
💫 Belajar Dari Bell Ngasri
Kalau nak contoh yang dekat di hati ramai – tengoklah Bell Ngasri. Bertahun-tahun berlakon sepenuh hati, tanpa pernah mengharapkan trofi. Tapi akhirnya, anugerah juga datang, sebab usaha yang konsisten dan keikhlasan tu sentiasa dihargai – lambat atau cepat.
💌 Penutup: Teruskan Memberi Yang Terbaik
Untuk semua rakan penjawat awam – kita mungkin bukan yang paling hebat, tapi kita boleh jadi yang paling ikhlas.
Bekerjalah bukan untuk pujian, tetapi kerana kita sedar kerja kita adalah ibadah. Kalau tak dapat APC, mungkin Allah bagi ‘APC versi langit’ – yang lebih kekal, lebih indah.
Tahniah kepada yang menerima APC. Yang belum, teruskan usaha. Allah tak pernah zalim.
Salam kasih dari Che Kak 🌷
Comments
Post a Comment