Aku Hanya Ingin Tenang Bukan Menang

Aku hanya ingin tenang

Bukan menang


Rajukku panjang

Kerana penat berjuang


Luka hati dihiris pedang

Terjahit tanpa benang


Aku jahat dalam cerita orang

Tiada ruang dan peluang


Gelap walau langit siang

Kabus walau cahaya terang


Pasrah palsu kasih sayang

Allah jua ku berserah sekarang




Comments