Masakan Tradisi vs Olah Ikut Suka Hati

Che kak suka google resepi yang mudah. 


Bahan-bahan pun tak complicated sangat dan tak renyah.


Peduli apa dengan seni masakan warisan turun-temurun mak nenek moyang kau nyah.


Yang penting makanan sedap dan kena dengan selera tekak kita je lah.


Memasak ni bukan pertandingan siapa paling asli atau paling ikut tradisi asalkan halal dan berkah.



Resepi memang sentiasa berubah.


Ikut tempat, citarasa, kreativiti masing-masing dan bajet kitalah.


Lagipun resepi dan masakan memang tak sama setiap tempat walaupun jarak dua marhalah.


Contohnya ketupat sotong pun dah berbeza antara Kelantan dan Terengganu, walhal negeri sebelah.


Kalau ada video resepi yang tak sama dengan ilmu kita, tak payahlah gigih nak komen sampai memperlekehkan usaha orang kerana nanti kena sumpah.


Kalau rasa cara sendiri lebih baik, buatlah video dan share di media sosial sendiri lagi berfaedah.


Itu belum lagi bab mentua komen menantu masak tak sedap padahal tak sedar diri kena penyakit diabetes dan tinggi punya darah.

Comments