Syukur Itu Penawar Hati

Allah aturkan kita jumpa seseorang, bukan untuk kita menilai hidupnya.

Tapi untuk kita lihat, sejauh mana kita bersyukur dengan kurniaan-Nya.


Che kak jumpa seseorang baru-baru ini.


Dia tiada mak ayah. Kita masih ada.  Berbaktilah selagi mereka hidup.


Dia tiada adik beradik. Kita ada, walau macam mana pun ragamnya. Jangan renggang kerana harta.


Dia tiada pasangan. Kita masih ada teman walau tak sempurna.


Dia tiada kawan. Kita masih ada yang sudi mendengar dan membantu.


Dia ada anak, tapi lupa diri bila senang. Kita ada anak yang masih lagi santuni kita.


Dia tiada kerja lagi kerana usia. 

Kita masih ada rezeki dan pencen menanti.


Dia tiada rumah, tiada harta. 

Kita masih ada walau hanya rumah kecil.


Dia diuji sakit. Kita masih sihat walau sekali-sekala gastrik sebab makan pedas.


Kuatnya dia. Che kak rasa malu dengan diri sendiri. Mengeluh atas ujian kecil, sedangkan itu cuma secebis di hujung kuku.


Moga Allah jadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur. 




Comments