Hari ni masak spageti. Untuk anak-anak sebab masih cuti.
Tapi mak perut nasi memang tak leh nak berkompromi. Sebab dah lapar giler suruh Awaatif tengok dah masak ke nasi.
Awaatif kata bau doh tu nasi mungkin sebab bau wangi. Masok doh tu, senangnya dia punya teori.
Goreng kuih gulung sardin punya inti. Senang kerja mak sekarang ni. Beli yang siap difrozen sebab malas nak uli sendiri.
Malas pula nak buat kerja rumah hari ni. Layan movie hantu penanggal lakonan Ropie. Bolehlah buat release tension tak yah fikir sangat pasal logik dan kualiti.
Untung Kelantan boleh cuti banyok hari. Ada duit dan masa boleh jalan luar negeri.
Ada orang suka rehat di rumah sebab penat bekerja tanpa henti. Ada orang suka masak-masak sebagai terapi.
Che kak pun nak check in homestay kejap lagi. Boleh lah wat rasa-rasa macam sedang bercuti.
Oh ye okey ke isi minyak hari ni? Che kak belum isi lagi sebab ada lagi.
Comments
Post a Comment