7 Perkara Penting Selepas Terima Kunci Rumah – Pengalaman Sebenar

 🏡 Catatan Peribadi: Sebulan Selepas Terima Kunci Rumah


Alhamdulillah, lebih kurang sebulan sejak terima kunci rumah, banyak benda dah selesai sikit-sikit. 


Che Kak kongsi di sini sebagai catatan peribadi, supaya satu hari nanti boleh tengok balik perjalanan awal ni.



✅1. Mula Langkah Pertama: Dapat Kunci Rumah


Lepas dapat kunci, terus mula buat kerja.


Plan awal nak kemas rumah, betulkan apa yang rosak, buang barang yang tak perlu. Paling utama buang pagar tengah.


Bismillah, bermulalah fasa baru.


🏡Tukar Nama Cukai Pintu

Diselesaikan di Majlis Daerah. Hanya perlu sediakan salinan geran rumah. Sekali jalan terus buat bayaran cukai pintu RM29.40. 


🔌 Urusan TNB (Tenaga Nasional Berhad)

Kos daftar/pertukaran nama: RM713

Kena tunggu waris tuan rumah asal terminate akaun lama dulu

Selepas itu, baru boleh tukar nama

Semua urusan daftar dibuat secara online


🚰 Urusan Air AKSB (Air Kelantan Sdn Bhd)

Kos tukar nama: RM105

Ambil masa seminggu lebih kurang

Tambahan:

Cukai setem hasil: RM10


🛠️ 2. Kerja Pembaikan Rumah

Baik pulih asas rumah selesai.

Lampu, kipas suami pasang sendiri & air-cond upah kawan suami pasang.

Kos memang besar juga, ribuan ringgit habis.

Alhamdulillah, tukang rumah kenalan suami, jadi mudah urus.

Kerja-kerja paip suami buat sendiri, memang banyak jimat. Che kak tanya kawan katanya tiga empat ribu juga upah😅

Grill dicat semula anak volunteer. Terima kasih daun keladi 😄


📦 3. Proses 5S

🟢 a. Sisih – Asing Barang

Banyak barang tuan rumah lama tinggal.

Dah dapat kebenaran untuk urus semua.

Buang barang rosak.

Derma yang masih elok.

Simpan mana yang boleh pakai.

Fokus nak rumah minimalis  senang kemas, hati pun tenang.


🟢 b. Sapu dan Bersih Kawasan

Bersihkan rumah dalam dan luar.

Beli barang keperluan untuk kerja cuci.

Penyapu, baldi, gayung, paip getah.

Sabun, Clorox, pencuci lantai dll.


Selepas bersih, buat solat hajat anak-beranak & baca Surah Al-Baqarah


🛋️ 4. Beli Perabot

Mula-mula pergi kedai perabot terpakai di Labok.

Tapi kecewa kerana tauke tak mesra, tak ada servis hantar.

Tak jadi beli. Potong mood 😅


Akhirnya pergi kedai perabot di Pasir Puteh, pekerja peramah dan sabar.

Oleh sebab pandai layan elok, rezeki dia.

Beli:

3 set katil + tilam

3 almari solek

Kerusi sofa

Set meja makan


⚡ 5. Barang Elektrik & Dapur

Beli kat Ketereh:

Peti ais kecil

Mesin basuh 

Seterika

Periuk nasi elektrik

Cerek elektrik

TV

Kipas

Air cond


Barang dapur:

Pinggan, mug, periuk, jug dll

Set pisau & senduk


🧺 6. Barang Lain & Sentuhan Akhir

Dah beli: selimut, tuala, bantal

Esok nak pasang langsir & bidai

Cadar dalam perjalanan


Ada lagi barang keperluan tak beli. Tapi takpe slowly but surely.


🧾 7. Persediaan Bisnes Kecil Che Kak


Sambil-sambil tu, urus daftar perniagaan:

SSM: RM10

Lesen MDK: RM70 daftar + RM210 lesen


Buat sikit-sikit waktu balik kerja & cuti hujung minggu.


Semua rekod masuk dalam buku tunai, simpan kira-kira elok-elok.


Alhamdulillah, walau penat, rasa sangat puas. Banyak kerja dengan bantuan suami. Tak sia-sia daftar nama 'Rumah Penginapan Abe Long'. Rumah pun makin selesa, hati makin tenang.


Syukur alhamdulillah juga sebab ada kawan dan ahli keluarga yang sudi bantu permudahkan urusan che kak juga.


#MyFirstHouseBuyingExperience





Comments