Perjalanan Ilmu Abang Aiman

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Sebagai ibu bapa, kami bersyukur kerana abang Aiman masih bersemangat menyambung pengajian selepas tamat diploma pada Februari yang lalu.


Alhamdulillah, beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama di USIM selama lebih kurang 5 tahun. 


Dalam masa yang sama, turut menerima tawaran daripada UNISZA atas kapasiti bekas pelajar di sana. 


Setelah menimbang tara, abang Aiman memilih USIM untuk merasai suasana baru.


Pilihan ini bukan kebetulan. Allah sudah aturkan perjalanan ilmunya. Kadang-kadang kita nampak jalan orang lain lebih cepat tapi setiap orang ada rezeki dan peluang masing-masing. 


Nasihat buat anakanda belajarlah kerana cintakan ilmu dan kerana Allah. Semoga ilmu yang dipelajari menjadi berkat, mendekatkan diri kepada-Nya, dan menjadikan kamu hamba yang soleh. 


Jangan pernah rasa rugi dengan masa belajar, walaupun ada jalan lain yang lebih singkat. Yakinlah, semuanya telah Allah aturkan dengan penuh hikmah.


Doa umi abi sentiasa mengiringi abang Aiman dan adik-adik juga.

Semoga Allah mudahkan urusan belajar, lapangkan dada dengan ilmu dan jadikan insan yang bermanfaat untuk agama, keluarga dan ummah.


Belajar kerana Allah, bukan semata-mata mengejar dunia.

InsyaAllah, ilmu yang berkat akan menjadi cahaya hidup, mendewasakan bukan sekadar akademik tapi juga akhlak, sahsiah dan pengalaman.




Comments