Iklan Bantuan Warga Emas

Semasa membuat lawatan siasatan bantuan ke rumah klien, klien ada bertanya.


Katanya, banyak iklan di media sosial yang mengajak warga emas memohon bantuan. Tetapi bila dia cuba mohon tidak pernah lulus. Dia rasa seolah-olah hanya janji manis.


Che kak jelaskan kepada klien bahawa:


1. Hanya percayai maklumat rasmi. Jika iklan atau maklumat itu bukan daripada laman sosial jabatan atau agensi berautoriti jangan mudah percaya.


2. Berhati-hati dengan pautan (link). Ada kemungkinan ianya cubaan scam atau penipuan.


3. Iklan di media sosial (Facebook, TikTok dan sebagainya). Kebanyakannya hanya untuk tarik tontonan (view) bukan iklan rasmi. Sebab itu orang suka kongsikan topik berkaitan bantuan.


Che kak nasihatkan klien supaya jangan mudah terpedaya dengan iklan atau pautan yang bukan datang daripada jabatan sendiri. 


Kalau benar-benar mahu membantu sepatutnya pihak yang mempromosikan itu turun padang menyiasat dan buat kerja bantuan secara betul.



Comments