Hari ini che kak nak cerita pasal langsir pula. Jangan risau, bukan ulang cerita ya 😆. Topik langsir ni memang belum che kak kongsi lagi.
Kali pertama che kak jahit langsir sendiri adalah masa baru kahwin untuk rumah sewa suami di Masjid Tanah, Melaka. Jahit sembat dengan tangan sahaja. Suami pula setia menunggu sampai siap.
Biasanya ma che kak yang tolong jahitkan langsir. Che kak pula jenis beli kain murah-murah, sekitar RM6 semeter saja.
Apabila dah ada rumah baru, tergerak hati nak pasang langsir cantik ala hotel. Tapi bila dengar ada orang sanggup habiskan beribu hingga puluh ribu untuk langsir, che kak terkejut juga. Tanya kedai, sekeping pun dah cecah RM400. Aduh, kalau banyak keping?
Akhirnya kami cuba cari kain di Shopee. Shopee jadi penyelamat. Alhamdulillah, dapat kain tebal, cantik dan berbaloi.
Bab rod pula, kami servey di Mr DIY sebab pernah beli sebelum ini. Tapi tak ada saiz sesuai pula. Manakala di G 🍊 pula harga sebatang lebih RM100. Cadangan adik ipar guna rail besi.
Kedai hardware pula tak sempat potong ikut saiz sebab pekerja hanya dua orang sahaja pada masa itu. Last-last, suami beli di Shopee juga. Murah dan mudah!
Hari ini kami ambil peluang hari cuti pasang langsir baru sama-sama. Anak-anak pun tolong. Nak jimat punya pasal.
Kesimpulannya, kalau kain langsir dan upah mahal, jangan marah. Kalau ada bajet, upah tukang jahit langsir cantik. Kalau bajet kecil kita kreatif ikut kemampuan. Tali langsir pun boleh jadi kalau kena gaya. Manakala bahagian dapur che kak pilih guna bidai sahaja lebih praktikal.
Che kak rambang mata nak pilih warna dan niat nak vibe hotel tapi akhirnya sama warna dengan dinding. 😅
Terima kasih buat suami dan anak-anak yang sama-sama bantu merealisasikan impian che kak nak langsir comel.
Nampak mudah tapi bab langsir ni sebenarnya makan masa, tenaga dan wang ringgit juga. Apa pun bila siap terpasang puas hati tengok hasil usaha bersama keluarga.
Senarai task pasang langsir.
1. Ukur tingkap/pintu yang nak dipasang langsir.
2. Tentukan bajet.
3. Pilih fabrik (tebal/nipis, bercorak/plain).
4. Cari kedai langsir atau tempah online.
5. Beli rel/kayu langsir dan aksesori.
6. Pasang sendiri atau panggil pemasang.
7. Kemaskan langsir selepas dipasang.
#rumahpenginapanabelong
Comments
Post a Comment