Semalam betul-betul jadi satu pengalaman yang che kak tak akan lupa.
Selama hidup ni che kak tak pernah pun merasa menang cabutan bertuah. Setiap kali orang lain dapat che kak sekadar senyum saja.
Tapi kali ni, Allah izinkan che kak merasa sendiri rezeki yang tak disangka-sangka.
Che kak dah lama follow Facebook Coach Bahar. Mula-mula dulu tertarik sebab suka baca perkongsian beliau tentang cara menguruskan anak-anak yang ramai. Dari situlah che kak selalu ikuti posting beliau banyak sangat inspirasi dan pengajaran yang boleh dikutip.
Selain itu, Coach Bahar juga keluarkan produk hasil dari kebun sendiri. Memang menarik sebab semuanya produk semula jadi sabun, minyak urut, balm, madu dan macam-macam lagi.
Che kak antara yang suka beli, terutamanya bila ada jualan kombo. Jimat banyak!
Semalam masa live cabutan mega RM1000 che kak pun tonton. Best tengok cara team Coach Bahar kendalikan live siap maklumkan awal melalui WhatsApp dan Shopee.
Tengah tengok tu, che kak nampak ada tawaran kombo madu, sabun, balm dan minyak urut dengan harga berbaloi. Tanpa fikir panjang, che kak terus beli.
Tak sangka pula lepas hantar screenshot pembelian ke WhatsApp, nama che kak tersenarai untuk cabutan bertuah.
Dengan ribuan orang yang menyertai, memang tak pernah terlintas langsung nak menang.
Sebenarnya, che kak sendiri pun tak pasti adakah nama che kak naik sebab pembelian sebelum ini atau sebab yang semalam masa live tu. Apa pun, che kak anggap itu semua rezeki yang Allah dah tetapkan.
Tiba-tiba abang Afnan yang perasan dulu, katanya: “Umi! Nama umi ada!”
Masa tu terus dapat panggilan telefon daripada team Coach Bahar syarat wajib kalau nak sahkan hadiah.
Ya Allah, memang tangan terus menggeletar, hati berdebar dup dap. Che kak ni mana pandai nak bercakap dengan orang, lagi-lagi live. Rasa terkedu sangat. Hehe.
Syukur alhamdulillah. Che kak anggap ini rezeki tak disangka-sangka.
Terima kasih yang tidak terhingga buat Coach Bahar dan seluruh team beliau. Bukan saja kerana hadiah tapi kerana usaha mereka menghasilkan produk yang bermanfaat untuk keluarga seperti kami.
Semoga Allah terus luaskan rezeki Coach Bahar, kuatkan semangat beliau untuk berkongsi ilmu, rezeki dan inspirasi dengan lebih ramai orang.
Itulah pengalaman manis pertama che kak menang cabutan bertuah. Moga jadi kenangan indah sepanjang hayat.
Comments
Post a Comment