Ragam Di Sebalik Pintu Pejabat

Disebalik pintu yang terbuka tertutup ini ada seribu cerita dan ragam rakan-rakan.


Ada yang ceria dan baran.


Ada yang peramah dan  suka berkumpulan. 


Ada yang pendiam dan suka bersendirian.


Ada orang lama dan staf baru serta berlainan jawatan.


Yang ngam kita kawan. 


Banyak drama kita hi hi bye bye malas nak layan.


Hormat menghormati walaupun berbeza pandangan demi kerukunan.


Namun tujuannya satu iaitu dapat gaji hujung bulan.


Rajin atau malas kerja tetap kena jalan.


Ada datang awal sebab nak balik 4.30 petang nak elak jem jalan.


Ada rumah dekat dan ada yang jauh melepasi sempadan jajahan.


Ada datang awal lesap pun awal mungkin dah isi borang kebenaran.


Bulan depan che kak kena tanda keberadaan.


Hmmm malas nak hadap sorang-sorang macam cikgu kelas tanda kehadiran. 


Setiap minggu dan hujung bulan ada makan-makan. 


Ada solat hajat dan tazkirah bulanan.


Rugi tak join kawan-kawan.


Sebulan sekali kita dengar tazkirah bagi hilang sikit karat-karat keegoaan.


Bertugas di kaunter dua atau tiga kali sebulan.


Ada 2002 rasa bila hadap ragam klien jabatan.


Kekal professional supaya tak dapat aduan.


Lengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan lebih-lebih lagi prosedur bantuan. 


Mereka memohon kerana hidup susah dan hampir putus harapan.


Ada sekadar cuba-cuba memohon kerana banyak iklan.


Ada yang menipu maklumat  pekerjaan dan pendapatan.


Terpulang pada pegawai kes yang bijaksana untuk buat siasatan.


Lepas duty kaunter perut lapar tahap gaban.


Terus intai member bilik sebelah kot ada makanan.


#Jangan ambil serious ini hanya gurauan.



Comments