Kerja Kena Tegas, Hidup Tetap Relaks

Hari ini che kak berkesempatan hadir mesyuarat bersama kakitangan Bahagian Kebajikan Produktif.


Sewaktu makan, ada seorang staf sempat berseloroh mengatakan che kak bekeng.


Che kak hanya senyum dan bertanya kembali, “Awak nak tengok ke macam mana saya bekeng?”


Sebenarnya che kak rasa ada salah faham. Che kak bukan bekeng, cuma che kak tegas apabila melibatkan kerja unit. 


Che Kak ulang che kak bukan bekeng, tapi lebih kepada tegas dan berprinsip. Kadang-kadang orang salah tafsir ketegasan sebagai marah atau garang, padahal niat sebenar ialah untuk jaga disiplin kerja dan pastikan ikut garis panduan.


Dahulu che kak pernah memegang jawatan sebagai penyelaras unit, dan ketika itu memang banyak cabaran yang perlu dihadapi. 


Sejak berpindah ke pejabat ini, che kak tidak lagi memegang jawatan tersebut. Alhamdulillah, lega rasanya kerana tidak perlu lagi menanggung semua kerenah dan bebanan tugasan penyelaras.


Bagi che kak, teguran itu penting apabila sesuatu kerja bercanggah dengan garis panduan, terutama melibatkan ISO. Namun, kadangkala ada orang yang tidak boleh ditegur. 


Akhirnya, che kak  ambil pendekatan untuk fokus kepada kerja che kak sendiri. Jika ada salah dan silap daripada orang lain, biarlah ketua unit atau pegawai yang menanganinya.


Che kak pegang pada satu prinsip,  “Gelas kita kecil, jangan letak air melebihi gelas kita.”


Maknanya, kenali kemampuan diri. Lakukan tanggungjawab kita dengan baik, dan jangan memikul lebih daripada yang kita mampu.


Sekiranya ada isu atau masalah, laporkan sahaja kepada ketua unit atau pegawai. Biarlah mereka yang mengambil tindakan sewajarnya.


Tegas bukan bermakna bekeng. Tegas itu disiplin, demi kebaikan bersama.




Comments