Penutup Tahun 2020: Sebuah Penghargaan dan Refleksi

 Alhamdulillah.

Tiada yang lebih indah sebagai ketua Unit Kebajikan Produktif apabila rakan-rakan sekerja sentiasa beri komitmen dan kerjasama, siapkan penyata bayaran setiap bulan tepat pada due date.


13 Tahun Dalam Dunia Bantuan

Sepanjang 18 tahun bekerja, 13 tahun che kak bertugas dalam unit berkaitan bantuan walaupun nama unit dah berkali-kali bertukar:

Unit Perkhidmatan Bantuan (PB)

Unit Sosioekonomi dan Bantuan (EB)

Unit Kebajikan Produktif (PW @ KP)

Yang selebihnya:

Setahun di Unit Kanak-Kanak sebagai pelindung di JKMWPKL.

4 tahun di Unit OKU.


Kuat Sebab Ada Sokongan

Syukur... Allah kurniakan bos yang menyokong dan menjadi tongkat saat rasa nak tumbang atau rebah.

Waktu kerja — kita kerja.

Waktu horrey — kita horrey.

Bila kena tegur — kita dengar dan terima sebagai staf.

Bila orang lain perlukan bahu — kita hulur bahu dan telinga.

Anak Buah & Rakan Sekerja: Kunci Kejayaan

Anak-anak buah che kak memang power.

Mereka beri komitmen, dengar pandangan dan saling membantu.

Kadang-kadang, pandangan depa pun lebih tajam daripada kita yang dah lama dalam sistem.


Walaupun rakan sekerja dari unit lain, tetap sama-sama membantu sedangkan mereka pun sibuk dengan tugas unit masing-masing.


Kerja ikut cara masing-masing tak apa, asalkan patuh dasar jabatan, SOP dan ISO.

Nak buat baucer?

Cakap sikit je, "che kak nak baucerrrr" — depa terus 👍!


Apa Yang Che Kak Belajar

Dari pengalaman ini, che kak belajar:

Kerja smart lebih baik dari kerja keras tanpa hala tuju.

Duduk sampai tengah malam tak semestinya lebih produktif daripada orang yang kerja siang dan balik tepat waktu.


Nilai staf atau rakan sekerja berdasarkan kelebihan mereka.

Jangan terlalu fokus pada kekurangan. Tak ada manusia sempurna.


Teamwork itu kunci.

Saling hormat, saling sokong, saling percaya.


Cukuplah...

Bagi che kak, cukuplah:

Jika bayaran bantuan dapat dikreditkan tepat pada masanya.

Jika tiada kes pecah amanah.

Jika semua rakan sekerja kekal dalam keadaan baik, selamat dan sejahtera.

Itu pun dah satu rahmat besar.

Selamat tinggal 2020. Terima kasih untuk segalanya.


Comments