Alhamdulillah semalam che kak bersama suami dan anak-anak berkesempatan hadir ke Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin ke-17.
Kami meraikan Abang Aiman yang telah menamatkan Diploma Undang-Undang pada Februari yang lalu.
Alhamdulillah rezeki Abang Aiman bukan sahaja memperoleh keputusan yang cemerlang malah pinjaman pelajaran beliau turut ditukar status kepada biasiswa.
Doa che kak tidak pernah putus untuk kejayaan anak-anak walau kadangkala terasa kecil hati juga dengan mereka.
Che kak anggap itu semua sebagai kekhilafan seorang ibu yang tidak sempurna dalam mendidik anak-anaknya.
Terbanglah tinggi wahai anak kerana itu adalah kebolehan dan keistimewaanmu.
Namun sesekali jangan lupa rumput hijau yang kita pijak.
Kita sering kagum melihat indahnya langit biru tetapi jangan lupa bahawa rumput di bawahlah yang memberi ketenangan dan kedamaian.
Jadikanlah ilmu yang dipelajari selama ini sebagai sandaran untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan berbakti.

Comments
Post a Comment