Bertugas di Pusat Pemindahan Sementara

Alhamdulillah bilik gerakan bencana banjir ditutup secara rasmi petang ini. (27.11.2025)

 










Vest oren pun dah boleh di basuh bersih dan akan berbau wangi kembali.


Sejujurnya bertugas di PPS memang membuatkan rasa penat fizikal dan emosi. 


Ingat suka sangat ke tinggalkan keluarga selama berhari-hari. 


Balik tengah malam dalam keadaan hujan lebat bikin kecut perut dan zikir tak henti-henti.


Namun tanggungjawab agensi yang digariskan dalam Arahan NADMA No 1 perlu dipatuhi.


Syukur alhamdulillah dapat rakan setugas yang mantap, work smart dan steady sekali. 


Pengalaman pertama che kak guna aplikasi MyIBJKM dan sejujurnya che kak suka dengan aplikasi ini.


Data semua mangsa bencana dikumpulkan dalam sistem digital secara lebih sistematik berdasarkan data terkini. 


Walaupun masih ada kekurangan namun ianya boleh ditambahbaik dari masa ke semasa mengikut situasi.


Dalam pengurusan bencana banjir semuanya harus berbanding bahu, tahu peranan masing-masing dan tak perlu tunding jari.


Janganlah sesekali merasa diri “paling penat” atau “paling buat kerja”, walaupun semuanya dilakukan secara sukarela tanpa gaji.


Terima kasih daun keladi yang sudi memberi sumbangan di PPS dan kami sangat hargai. 


Namun sangat penting hubungi PKOB bagi memudahkan koordinasi penyaluran bantuan di PPS nanti. 


Tujuannya adalah untuk mengelakkan lambakan dan pembaziran nanti.


Kadang-kadang, kamilah yang terpaksa berdepan dengan rungutan mangsa kalau sumbangan tidak mencukupi.


Sudah lali dimarahi, walau hati kami sebenarnya sangat sedih dan tidak ramai yang benar-benar peduli.


Semoga  kita semua dapat bermuhasabah dan mengambil hikmah yang tersirat daripada bencana yang melanda ini.




























Comments