Ulu Lepar: Catatan Relokasi Tak Dirancang

Dilempar ke Ulu Lepar

Catatan hati isteri yang pasrah dengan takdir perpindahan

Suamiku dilempar ke Ulu Lepar,
Rasa teraniaya namun kena sabar,
Aku bukan isteri seorang askar,
Namun pasrah pada qada dan qadar.

Bila surat pertukaran itu sampai, tak semena-mena hati ini bercampur baur — antara nak marah atau nak menangis pun tak tahu.

Ulu Lepar? Di mana tu sebenarnya? Bunyi nama pun dah buat kita rasa macam dihantar ke hujung dunia. Rasa macam dalam skrip drama Melayu petang Jumaat.

“Saya ni bukan isteri askar…”

Kadang-kadang rasa nak jerit juga,

“Saya ni bukan isteri askar, kenapa suami saya kena ‘posting’ macam ni?” 😅

Tapi bila difikirkan semula, ini semua bukan kerja manusia. Ini takdir Allah. Kalau Dia dah tetapkan, siapa kita nak soal?

Terasa berat di hati, tapi kaki suami tetap melangkah.

Hidup di Tanah Baru

Awal-awal memang terasa asing.
Orang pun tak kenal, tempat pun tak biasa.
Line telefon pun kejap ada, kejap takde rasa macam masih tahun 1999.

Tapi perlahan-lahan, kita belajar...
Belajar bersyukur, belajar redha, dan belajar bahawa ujian datang dalam pelbagai bentuk. Kadang bukan penyakit, bukan kematian tapi pertukaran tempat kerja pun boleh jadi ujian besar.

Bila Kita Redha, Allah Bagi Tenang

Walaupun hati ini berat waktu kemas barang, tapi bila sampai di Ulu Lepar, Allah tunjukkan juga hikmah satu per satu.

  • Suasana kampung yang tenang.
  • Udara yang bersih.
  • Orang kampung yang mesra.
  • Dan waktu yang lebih perlahan untuk kita nilai semula hidup.

Penutup:

Hidup ini bukan tentang tempat kita berada, tapi bagaimana kita membawa diri di tempat itu.

Mungkin Che Kak tak mampu halang pertukaran. Tapi Che Kak mampu pilih untuk berlapang dada. Bukan mudah, tapi bukan mustahil.


Dilempar ke Ulu Lepar, Allah yang hantar,
Biar hati sakit, mulut tetap bersabar,
Bukan mudah, tapi ini qada dan qadar,
Redha itu ubat, sabar itu penawar.

Comments