Anak Derhaka Katanya, Tapi Siapa Sebenarnya Jahat?

Throwback 20 tahun yang lalu.

"Engko dah beli tiket balik raya ke?"

"Belum. Aku tak balik."

"Eh, kenapa tak balik kampung? Tak rindu family ke? Ish, raya kot."

Perlahan-lahan dia keluarkan sekeping gambar pasport seorang lelaki.

"Ni ayah engko ke? Ish… ganasnya muka."

Tersedar tersasul, cepat-cepat aku tampar mulut sendiri.

"Minta maaf, awok… tak sengaja."

Dia tenang, tapi jawabnya buat dada rasa sesak:

"Haa… memang pun. Ayah aku jahat."

Rupanya, selama ni dia simpan sisi gelap hidupnya.

Dari sekolah lagi, dia jadi mangsa cabul ayah kandung sendiri.

Atas motor masa balik sekolah pun sempat lagi ayahnya ambil kesempatan.

Bertahun-tahun dia diam. Tak tahu nak mengadu pada siapa. Takut orang tak percaya. Takut dicop anak derhaka.

Akhirnya dia lari dari rumah bukan sebab degil, tapi sebab nak selamatkan diri.

Tapi dunia tak adil. Dia dilabel macam-macam:

"Anak lari dari rumah."
"Anak bermasalah."
"Anak tak kenang budi."

Padahal… dia cuma nak selamat.




Gambar hiasan sahaja. Sumber Bernama

Anak-anak perlu didedahkan tentang keselamatan diri, tentang hak tubuh sendiri, dan tentang pemangsa yang boleh wujud di mana-mana termasuk dalam rumah sendiri.

Jangan anggap hubungan kekeluargaan tu satu jaminan keselamatan.
Pemangsa bukan selalu orang luar. Kadang orang yang paling dekat.

Walau mukanya nampak suci nafsu tak kenal rupa.

Gais, kalau nak menyusu bayi  depan ayah, adik beradik lelaki, atuk tolonglah cari tempat tertutup.

Jangan anggap atuk takde nafsu.
Jangan terlalu percaya semata-mata sebab ada ikatan darah.

Kita tak mampu nak ubah dunia yang jahat supaya jadi baik.
Sebab tu wujudnya syurga dan neraka.

Jagalah anak-anak kita.

Jangan biar mereka belajar erti derhaka, hanya kerana nak lari dari neraka dalam rumah sendiri.

Comments