Pedas, Masam, Manis, Masin: Cerita dari Pinggan

Budu yang masin, ditambah seulas dua durian yang manis, diserikan pula dengan masam perahan limau nipis dan pedas cili kampung. Tak lupa, ikan selayang bakar tawar jadi peneman setia.



Perghhh... Gabungan rasa ni memang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Tapi yang pasti  nasi akan bertambah dalam pinggan!


Selera yang tadinya hilang, perlahan-lahan terbuka.

Lauk-pauk lain? Tak pandang pun. Cukup sekadar ulam-ulaman segar sebagai pelengkap menu kampung.


Inilah identiti kita sebagai anak jati Kelantan. (Che kak Kelate celup 🫣)

Tak dinafikan, bukan semua orang boleh terima. Ada yang tak lalu kerana bau, ada juga yang pernah "berkenalan" dengan makhluk halus dalam budu 😅


Tapi bagi yang tahu menikmatinya  ini bukan sekadar makanan.

Ini jiwa. Ini warisan. Ini rasa yang menyatukan kenangan dan asal usul kita.



Comments