Di Sebalik Laporan MKSP

Hari ini, che kak cuba siapkan laporan MKSP.


Bincang dan kumpul maklumat bersama Puan PKMJ dan EO. Memang agak stress juga. Pertama kali kena siapkan laporan sebegini. Banyak maklumat yang perlu dikumpulkan. Kadang rasa buntu, kadang rasa nak putus asa.

Che Kak ni bukan jenis suka 'drama'. Apa yang lepas, biarlah lepas. Kita tak boleh salahkan sesiapa kerana situasi dan kefahaman dulu mungkin tak sama dengan sekarang.


 Yang penting sekarang adalah laksanakan amanah yang telah diberikan. Bukan sebab nak nama, tapi sebab itu tanggungjawab yang telah diberi. Bila dah diberi kepercayaan, kita cuba siapkan sehabis baik.


Tapi, dalam pada stress pun, Che Kak tetap bersyukur. Syukur sebab ada boss, kawan-kawan, dan mantan Puan PKMJ yang sudi bantu walau masing-masing sibuk. 


Nak tergelak juga bila fikir balik... sempat lagi che kak tulis semua ni untuk entri blog. 🤭 Dah, itu terapi che kak.


Paling manis hari ini suami tolong tukarkan tayar kereta. Siap masakkan mi hailam pula tu. Nampak comel je dia masa tengah tumis bawang tadi. 😄

Seronok sangat tengok suami bantu ringankan beban, lebih-lebih lagi bila che kak memang sakit kepala sangat tadi.


Nak pergi kerja tadi, tumpang kawan. Balik pun sama. Mujur juga ada kawan baik yang tinggal dekat rumah. 


Nikmat apa lagi yang Che Kak nak dustakan? Alhamdulillah. Walau stress, walau sakit kepala, masih ada kasih sayang, pertolongan, dan mi hailam di hujung hari. ❤️




Comments