Sekali-sekala raikan anak-anak
Bukan selalu pun makan di luar. Tapi alang-alang semua anak ada, kami ambil peluang untuk makan bersama di luar. Bukan sebab banyak duit, hujung bulan macam ni pun memang terasa juga bajet makin ketat. Tapi untuk gembirakan anak-anak, apalah sangat setakat makan di luar sekali-sekala.
Semalam kami makan di The Stag, dekat je dengan rumah. Tak larat nak pergi jauh. Tempatnya selesa, bersih, cantik dan tenang. Makanan pun sedap dan harga masih mampu milik.
Jumlah keseluruhan makan malam kami semalam: RM119.00 untuk:
Spageti carbonara – 2
Chicken chop – 2
Char Kuey Teow kerang – 2
Nasi lemak ayam – 3
Fish & chip – 1
Soda lemon – 2
Kopi beng – 1
Milo beng – 1
Teh O beng (satu jag) – 1
Bagi che kak, harga macam ni masih berbaloi untuk makan bersama keluarga besar. Yang penting, anak-anak pun seronok.
Boleh masuk dalam senarai tempat makan yang sesuai untuk ‘reward’ anak-anak sesekali. 🌿🍽️
Comments
Post a Comment