Tazkirah Mencari Bekal Untuk Kebahagiaan Akhirat

 🌅 Tazkirah Pagi

Tarikh: 27 Julai 2025 (Ahad)

Penceramah: Ustaz Mushariza Rizuan bin Mustapha

Jawatan: Penolong Pengarah (Penerbitan), JAHEAIK

Tajuk: Mencari Bekal Untuk Kebahagiaan Akhirat

Pendahuluan:

Apakah matlamat dan tujuan kewujudan kita di dunia ini?


Kehidupan bermula di alam rahim yang gelap, disusuli alam dunia untuk ditadbir urus.


Setelah itu, manusia akan melalui alam kubur secara bersendirian, hanya amalan menjadi teman setia.


Akhirat adalah negeri abadi yang kekal selama-lamanya.


Manusia dan jin diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah.

→ Pengabdian = Ibadah.


Dunia hanyalah ladang tempat menanam amalan untuk dituai hasilnya di akhirat.


Kematian adalah ketetapan qada' dan qadar daripada Allah.


Jangan hanya berdoa untuk panjang umur, tetapi mohonlah:

Dimurahkan rezeki

Dipermudahkan urusan

Diberi husnul khatimah


Amalan-Amalan Sebagai Bekalan ke Akhirat:

1. Iman dan Tauhid yang Kuat

Berpegang teguh kepada rukun iman (6 perkara).

Tauhid: Keyakinan hanya kepada Allah, jauhi segala bentuk syirik.

Jaga hati – “Dalam tubuh manusia ada seketul daging…”

Ilmu perlu dipelajari secara berperingkat, bermula dengan asas.

Jangan hanyut dengan teknologi,  gunakan gajet untuk manfaat akhirat.


2. Menjaga Solat

Solat adalah tiang agama termasuk dalam rukun Islam (5 perkara).

Lakukan solat dengan kefahaman, bukan sekadar gerakan.

Solat mampu mencegah kemungkaran dan menjadi pendinding diri.

Tuntut ilmu solat dan fahami maknanya untuk solat yang sempurna.


3. Sedekah dan Amalan Jariah

Apabila anak Adam meninggal, terputus semua amalannya kecuali:

Sedekah jariah

Ilmu yang bermanfaat

Doa anak yang soleh


Sedekah bukan hanya wang, tetapi juga tenaga, ilmu, masa, dan senyuman.

Kisah arwah Nurly: "Mati yang menghidupkan" – contoh ibrah.

Jadilah ibu bapa yang mendidik anak menjadi soleh/solehah.


4. Membaca dan Mengamalkan Al-Qur’an

Baca, fahami, dan amalkan isi kandungan Al-Qur’an.

Bila ada masalah, dekatkan diri dengan Al-Qur’an – ia penawar hati.

Tak pandai baca Al-Qur’an tak mengapa, asalkan mahu belajar, itu lebih baik dari yang tahu tapi tidak membaca.


5. Berbuat Baik kepada Ibu Bapa dan Sesama Manusia

Contoh: Membantu rakan sekerja juga dikira amal soleh.

Amalan mudah: Senyum dan beri salam.

Elakkan perselisihan faham, terutama di tempat kerja kerana tempat kita habiskan banyak masa.

Jaga akhlak – anak-anak perlukan contoh teladan.


6. Zikir dan Doa

Zikir: Mengingati Allah sentiasa.

Doa: Mohon keampunan dan kebaikan daripada Allah.

Allah Maha Mendengar doa hamba-Nya.

Mati dalam keadaan yang dicemburui: Contoh mati dalam masjid, ketika solat.

Keikhlasan lebih penting dari kefasihan. Allah menilai usaha dan niat.


7. Bersungguh-sungguh Dalam Bertaubat

Setiap orang diuji dengan latar belakang dan masa lalu yang berbeza.

Teruskan beristighfar dan bertaubat.

Solat sunat taubat dan taubat nasuha sangat digalakkan.

Jangan putus asa kerana Allah Maha Pengampun.


Penutup:

Hidup ini adalah persinggahan yang singkat. Bekalan ke akhirat adalah amalan kita di dunia. Mari kita perbaiki diri, tingkatkan amal, dan sentiasa kembali kepada Allah dengan taubat dan pengharapan. Semoga kita semua diberikan husnul khatimah dan kebahagiaan yang abadi di akhirat kelak. Aamiin.















Comments