Asalnya simpan minyak masak terpakai sebab nak buat sabun. Mula-mula dulu, semangat berkobar-kobar, siap buat, bagi kawan-kawan. Tak jual pun sebab Che Kak ni hati tisu. Suka memberi, bukan meniaga.
Cuma, biasalah, semangat tu ada musim. Rajin Che Kak ni ada turun naik. Dan sekarang ni, fasa malas tahap gaban 😅.
Kumpul punya kumpul tak sangka dah ada 6 botol besar (5kg setiap satu). Campur semua, 30kg minyak masak terpakai!
Hari ni ambil kesempatan jual di booth Rakan Alam Sekitar sempena Majlis Perasmian Hari Sayyidatina Khadijah dan Pelancaran Karnival Kelantanku Cakna 2025. Dapatlah RM75. Alhamdulillah.
Tapi rezeki tu Che Kak kongsi juga dengan pelatih OKU di PPDK yang tolong bawa botol-botol tu dari parking ke booth. Jauh tu weh! Mana larat nak pikul sorang.
Nasib baik kawan baik Che Kak, Mahsuri, pun ada tolong angkut. Che Kak belanja teh o beng sebagai tanda terima kasih. 🧋🫣
Program macam ni memang sangat membantu. Harap pihak berkenaan terus anjurkan program kutipan minyak masak terpakai ni. Senang sikit kita yang simpan kat rumah ni nak jual dan uruskan.
Kalau nak tahu apa manfaatnya, Che Kak share hasil Google (malas nak fikir sendiri 🤭):
🌱 Kebaikan Jual Minyak Masak Terpakai
Kalau korang pun ada minyak terpakai dok peram, ni 5 sebab kenapa elok jual je:
🌿 1. Lindungi Alam Sekitar
Elak pencemaran air & tanah (jangan tuang minyak ke sinki!)
Minyak lambat terurai & boleh bunuh ekosistem sungai
💵 2. Jana Pendapatan Tambahan
Boleh jual sekitar RM2.50/kg
Sesuai untuk suri rumah, peniaga makanan, restoran kecil
🔄 3. Sokong Kitar Semula
Minyak boleh diproses jadi biodiesel, sabun, lilin dll.
📚 4. Didik Masyarakat
Kesedaran tentang kelestarian makin meningkat
Anak-anak pun boleh belajar jaga alam sejak kecil
🏘️ 5. Buka Peluang Niaga
Individu/koperasi boleh buat servis kutipan
Bantu ekonomi tempatan
“Kalau rasa minyak tu sikit je… bayangkan berjuta orang buang sikit-sikit ke longkang. Lama-lama, rosaklah bumi kita.”
Kecil usaha kita, besar kesannya. 🌊🌏
Nak sokong alam sekitar? ➡️ Simpan minyak. ➡️ Join program kutipan. ➡️ Kongsi manfaat ni dengan kawan-kawan.
Jom sama-sama buat kebaikan, dari dapur sendiri! 💪✨
(Gambar kartun je Che Kak letak… muka ori macam baru lepas goreng pisang! 😆)
Comments
Post a Comment