Justice For Zara

Larilah Selagi Mampu


Larilah selagi boleh lari,

Namun kamu takkan selamanya hidup tenang.

Kerana setiap detik dosa,

Akan menghantui walau kamu berselimut kuasa.


Mengambil nyawa seolah tiada harga,

Seakan dunia milik kamu semata.

Tapi ingat, Allah tidak tidur,

Dan setiap darah yang tumpah, akan dituntut.


Andai kamu merasa kebal,

Dilindungi oleh pangkat dan harta,

Jangan lupa, doa si teraniaya

Naik ke langit tanpa hijab.


Jangan jadikan kuasa sebagai perisai kezaliman,

Jangan jadikan harta sebagai tembok kesombongan.

Kerana Allah Maha Melihat,

Dan balasan-Nya tak pernah salah alamat.


Semoga keadilan terbela buat almarhumah Zara.

Suara kami tak akan diam.

Doa kami tak akan putus.


#JusticeForZara



Comments