ADA APA DI KAUNTER

Bertugas di kaunter pagi tadi. Ganti kawan yang ada masalah peribadi. Che kak tak kisah ganti. Kebetulan tiada kerja segera hari ini. 


Cepat-cepat ajak Suri teman untuk bersarapan pagi lauk ikan keli. Perut kena kenyang, nescafe kena minum dan kena sedia mental, fizikal dan emosi. 


Belum pukul lapan dah ada yang menanti. Jangan sesekali biarkan klien balik tanpa tanya apa urusan ke mari. 


Alhamdulillah klien semua baik-baik hari ini. Datang nak bertanya kita bagi jawapan yang baik sekali. Borang kita semak supaya lengkap dan tak diquiri. Pulanglah dengan rasa puas hati.



Ada klien warga emas kena santuni dengan cara macam nenek sendiri. Beri jawapan tak boleh dengan cara orang nak belajar PhD. 


Ada klien terpelajar kena layan macam nak mengadap menteri.


Layanilah dengan baik pada semua klien kerana nak elakkan dari aduan Sispaa dan Talian Kasih yang sangat mudah di hujung jari.


Umpama kita yang nak berurusan di kaunter pejabat lain pastilah kita nak dilayan dengan baik sekali.


Seronok juga bila makcik-makcik cakap "oooo baru peheee, takdok ore royak selamo ni."


Hari ini merasa juga "terima kasih, doktor", lepas tu gelak sama-sama kerana tersedar che kak bukan doktor tapi 'kerani'. 


Insya Allah kita permudahkan urusan orang, Allah jua yang akan permudahkan urusan kita berkat doa orang baik-baik untuk kita ini.

Comments