HAPPY ANIVERSARY

Happy anniversary yang ke 22 buat diri sendiri dan suami. 


Tak tahu nak tulis apa kali ni. Mati kutu pula sebab duk tulis ucapan yang sama setiap tahun tapi dah set only me.



1. Tiada sebarang tips nak tulis kerana bahagianya rumah tangga terserah pada diri sendiri.




2. Sekali sekala belanja kopi pun dah rasa suka hati.


3. Bahagia tak boleh diukur dengan berswafoto nampak romantis dan manis sekali.


4. Tapi rakamlah gambar bersama kerana ianya akan menjadi  kenangan suatu hari nanti.


5. Isteri cantik dan suami kacak juga bukan jaminan jodoh berpanjangan hingga ke mati.


6. Tapi jangan pandang orang lain lagi cantik dan kacak selain pasangan sendiri. 


7. Banyak harta bukan jaminan bahagia bagaikan syurga duniawi. 


8. Tapi tiada duit rasa macam nak mati.


9. Walaupun bini banyak duit tapi jangan bagi bini bayar bil utiliti. 


10. Bini buat-buat terkejut pula tengok bil air dan api. 


11. "Baru kaba bil mahal. Bejjulat doh abang bayar bil termasuk bil tepon demo tu," kata suami.


12. Suami isteri mana yang tak pernah bergaduh tapi jangan sesekali bergaduh depan anak sendiri. 


13. Nak 'bbaloh', gi 'bbaloh' dalam bilik atau taip whatsapp dan luahkan apa yang terbuku di hati. 


14. Kena dengar luahan pasangan sendiri. Kalau orang lain yang jadi tempat luahan perasaan bahaya menanti. 


15. Che kak tak leh bbaloh lamo sebab penakut tido sorang-sorang rasa macam ada hantu duk memerhati. 


16. Jangan burukkan pasangan kerana kita juga tidak sempurna dan bukan kesempurnaan yang kita cari. 


17. Jarang sependapat dan serasi. Tapi raikanlah perbezaan dan persamaan kerana akal wanita tak sama dengan lelaki.


18. Belajar memasak makanan kegemaran suami walaupun suami kau chef hotel sepuluh bintang di oversea. 


Eh terpanjang la pula duk membebel kali ini. 


14.5.2003 - 14.5.2025

Comments