Pijak sekali sekala. Malas tahap dewa. Tapi paksa diri la juga. Pijak 10 saat pun jadi la wat rasa-rasa.
Hari ini timbang alang-alang nak naik ke tingkat dua. Alat penimbang ada kat tangga. Entah siapa yang punya.
Terkejut beruk bahkan beruk pun tak terkejut gamaknya. Tak sangka la pula. Turun satu kg walaupun baru guna beberapa hari ala kadar sahaja.
Turun satu kg bukan bermaksud che kak dah kurus macam kerengga. Maksudnya membantu juga la alat ini ye.
Che kak makan macam biasa. Tak de rasa nak diet lagi sebab banyak nak guna tenaga sehari dua.
Hari ni pun sarapan mi putih, lunch hour nasi lauk ikan keli berlada. Tadi pun rasa kenyang sangat kalau tak mau makan cendol pulut tambah isi kelapa.
Rasanya kalau istiqamah pijak mugo goni dan jaga makan mau kurus macam puteri Brunei yang cantik jelita.
Sudah sudah la tu Hasliza asyik berangan aje. Ni kalau suami baca ni mau sebulan tak habis kena 'baca'. 🤪
Comments
Post a Comment