DAH KURUS KE?

Geram pula rasa dengan lagu raya di radio tadi. Tak habis-habis lagu raya sejak dari bulan puasa lagi. Tapi kalau ada jamuan raya jangan lupa jemput che kak sekali. Bab makan tetap layan sambil nak jumpa kawan sama jabatan sama negeri. 


Pelbagai hidangan raya tetap che kak puji. Sedap atau tidak itu tak penting sama sekali. Penat lelah dan banyak mana modal orang masak untuk kita setahun sekali. Jangan keji takut orang dah tak sudi jemput kita lagi.


Sebulan berpuasa turun 3 kg. Hampir penghujung syawal alamakkk naik banyak sekali. Ini tak boleh jadi. Cepat-cepat buka shopee beli alat senaman guna kaki. 



Harap-harap la istiqamah guna ke penghujung nyawa alat ini. Tak kurus pun tak apa asalkan turun kalori. Tapi tu lah belum apa-apa dah lenguh kaki. Nampak gaya Che Ly kena taja hadiah percutian ke luar negeri.

Comments