Dalam dunia kerja hari ini, menegur dianggap tidak lagi semudah dahulu. Kadang-kadang, teguran dilihat sebagai serangan peribadi. Ada yang cepat terasa, cepat menjauh, malah terus ‘label’ ketua sebagai toksik. Tetapi adakah semua teguran itu benar-benar berniat jahat?
Che kak pernah berada di tempat itu — ditegur, dimarahi, dan dilabel lemah. Che kak masih ingat satu ketika, laporan yang Che kak siapkan dikritik oleh bos:
"Laporan awak ni macam budak darjah enam tak habis sekolah."
Pedih? Sangat. Che kak yang pernah menang pertandingan penulisan Bahasa Melayu peringkat sekolah tentu terasa hati. Tapi saya pilih untuk belajar, bukan melawan. Che kak muhasabah diri walaupun telinga rasa ‘bernanah’ dek kata-kata ketua.
Che kak pernah merajuk. Tapi bukan lari jauh. Cuma duduk termenung di bucu meja, sepi. Tiada tempat nak pergi, hanya diam dan pendam. Tapi satu perkara Che kak pegang:
Teguran itu mungkin pahit, tapi ia ubat yang menyembuhkan.
Che kak terus belajar. Che kak perbaiki laporan. Che kak minta tunjuk ajar. Dan hari ini, laporan yang Che kak hasilkan telah beberapa kali mendapat pujian dari Tuan Pengarah.
Alhamdulillah…
✅ Dua kali menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
✅ Pernah dijemput menerima Pingat Bintang Seri Kelantan di Istana Besar.
✅ Dan lebih dari itu, saya belajar tentang erti sabar dan profesionalisme yang sebenar.
Apa yang Che kak pelajari?
1. Teguran bukan penghinaan.
Ia peluang untuk melihat kelemahan sendiri yang kadangkala kita tak nampak.
2. Pisahkan masalah peribadi dari tugas.
Masuk ke pejabat, letakkan hal rumah. Balik ke rumah, tinggalkan hal pejabat. Hidup ini perlukan keseimbangan.
3. Kerja takkan pernah habis.
Tetapi rezeki Allah tetap cukup jika kita jujur dan amanah dan pandai mengatur masa.
4. Sabar itu bukan pasrah, tapi kekuatan senyap.
Ia membina jiwa. Ia mengangkat darjat.
Artikel ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar coretan seorang pekerja biasa, buat peringatan untuk diri dan generasi yang akan datang.
Jangan takut ditegur. Kadangkala teguran hari ini, adalah pembuka pintu anugerah esok hari.
"Kalau dulu che kak lari ke bangunan sebelah kerana merajuk, hari ini che kak melangkah ke Istana dengan rasa syukur."
#SabarItuIndah
#TeguranBukanKejian
#MotivasiPekerja
#KerjaDenganHati
Comments
Post a Comment