BUAT 1000 KEBAIKAN, TANPA TAMBAH PERENCAH DOSA

Kita semua suka buat kebaikan. Dapat pahala. Dapat reda Allah. Dapat rasa tenang dalam hati.

Tapi… sayang seribu kali sayang.
Kadang-kadang kebaikan yang kita buat disulam dengan kecaman, umpatan, dan rasa tidak puas hati.


Tanpa sedar, pahala kebaikan yang kita kumpul  bocor dek perencah dosa yang kita campur sendiri.



Contoh-Contoh Realiti:

1. Beri Laluan di Jalan Raya

🚗 Kita berhenti bagi laluan.
✅ Dapat pahala mudahkan urusan orang.
❌ Tapi bila dia tak angkat tangan ucap terima kasih, kita sumpah seranah. 

Mungkin dia tengah runsing.

Tengah fikir nak cari duit bayar yuran anak.

Tengah fikir nak isi minyak balik kampung jenguk mak ayah yang sakit.

Atau… tengah susun ayat nak minta izin kahwin lagi satu.

2. Bantu Orang Miskin

🤲 Kita sedekah pada orang susah.
✅ Dapat pahala bantu mereka.
❌ Tapi sambil itu kita kutuk pihak berwajib "Tak reti buat kerja!"

Apa salahnya, selain bersedekah, kita bantu rujuk kepada saluran yang betul? Dua pahala dapat: pahala bantu & pahala tidak menyebar fitnah.

3. Kutip Sampah

🗑️ Kita kutip sampah tepi jalan.
✅ Pahala besar walaupun kecil di mata manusia.
❌ Tapi sambil itu, kita kutuk majlis daerah "Apa kerja diorang ni?"

Mungkin masa tu, pemandu lori sampah tengah sakit. Atau kekurangan staf. 

4. Tolong Kawan Tapi Mengungkit

👐 Kita tawar diri bantu kawan.
✅ Pahala besar bantu orang.
❌ Tapi bila rasa terbeban, kita mula mengungkit, mengadu domba.

Niat awal ikhlas, tapi bila tak jaga hati, pahala jadi debu berterbangan.

5. Sedekah pada Pengemis

💰 Kita bagi duit pada pengemis.
✅ Niat bantu orang susah.
❌ Tapi sambil tu kutuk masyarakat, kerajaan, "Kenapa tak jaga pengemis?"

Kita tak tahu usaha pihak berwajib. Banyak pengemis dibantu, tapi ada sindiket. Kita bantu  bagus. Tapi jangan menghukum tanpa ilmu.

Kesimpulan:

Buatlah kebaikan sebanyak mungkin. Tapi jangan campur dengan dosa.


Tak perlu perasa tambahan berupa kecaman, umpatan, atau prejudis.

Biarlah kebaikan itu tulus, bersih, dan murni.
Buat kerana Allah. Bukan kerana perhatian.
Buat kerana kasih. Bukan kerana kebencian.

Kita tak nampak pahala itu sekarang. Tapi Allah nampak. Dan Dia tak pernah lupa.


Comments