Bila Impian Tak Jadi Nyata, Hikmah Tetap Menyinar

 Cita-Cita & Tanggungjawab: Jangan Sampai Jiwa Terluka 🌟

Kita semua pernah punya impian besar.
Ada yang nak jadi doktor, guru, jurutera, atau ustazah tentera.
Macam che kak dulu  terinspirasi dengan uniform KAGAT, hati membara nak ke Jordan, nak berdakwah sambil berkhidmat.
Tapi tak semua laluan kita licin. Kadang-kadang Allah tukar arah. Bukan sebab Dia tak sayang, tapi sebab Dia nak bagi lebih baik.

📚 Dulu che kak belajar agama. Dapat A1 dalam subjek PSI, PQS, Bahasa Arab Tinggi. Tapi akhirnya, Allah bawa ke UPM, belajar Diploma Pembangunan Manusia.
Semester pertama, jatuh. Pointer cuma 1.7. Hampir tersungkur. Tapi dari jatuh itu, che kak bangun. Jumpa jodoh. Jumpa rezeki.
Hikmah datang tanpa disangka.

🎯 Bila cita-cita tak tercapai, jangan kecewa. Mungkin Allah tukar cita-cita dengan tanggungjawab yang lebih besar.
Kerja 16 tahun di JKM bukan kecil. Setiap hari jumpa pelbagai ragam manusia. Dari situ che kak belajar:
“Kerja bukan sekadar gaji. Tapi satu ladang untuk menuai pahala.”

💭 Pernah terfikir nak berhenti kerja. Tapi bila pandang wajah anak-anak...
Tersedar, tanggungjawab itu bukan boleh dibuang sesuka hati.
Kita kejar impian, tapi jangan sampai ada yang terkorban. Terutama keluarga.

Gambar hiasan. Sumber KAGAT

💸 Kalau nak berhenti kerja untuk kejar cita-cita, pastikan income kita kukuh.
Biar tindakan kita tak melukakan sesiapa. Jangan kejar impian hingga hilang yang sudah ada di tangan.

🌱 Ingatlah…
Kita mungkin tak mampu ubah ekonomi dunia, tapi kita mampu ubah ekonomi diri dan keluarga.
Cita-cita itu penting, tapi jangan sampai kita lupa siapa yang kita pikul setiap hari.

💖 Bukan semua yang kita impikan jadi kenyataan. Tapi semua yang Allah takdirkan pasti ada hikmah.

Comments