Ilmu Allah itu sangat luas. Kalau air laut dijadikan dakwat, tetap takkan cukup untuk menulis ilmu-Nya.
Tak belajar ilmu perubatan, bagaimana kita nak bantu ummah menjaga kesihatan?
Tak belajar ilmu matematik, bagaimana kita nak buat pengiraan? Nak kira fidyah pun kena tahu ilmu hisab.
Nak bina rumah untuk berteduh daripada hujan dan panas pun perlukan ilmu.
Nak cipta cermin mata supaya boleh membaca pun perlukan ilmu. Syukurlah ada orang berilmu yang mencipta semua ini.
Nak buat kain untuk pakaian, pun perlukan ilmu. Macam mana nak tutup aurat kalau tak tahu cara hasilkan kain? Macam mana nak buat kopiah atas kepala tuan hamba kalau takde orang belajar ilmu tekstil?
Nak cipta Facebook pun perlukan ilmu. Orang ramai guna termasuk para alim ulama untuk dakwah, ilmu dan silaturahim.
Che' Kak tepuk dahi bila dengar makcik kata belajar medic ni "ilmu Yahudi". 🤦♀️
Mok Cik kenal tak siapa Ibnu Sina?
Tokoh perubatan Islam yang disebut-sebut hingga ke Barat!
Kita wajib belajar. Secara formal atau tidak, tetap kena berguru.
Guru bergaji atau tidak, tetap guru.
Ilmu bukan milik satu bangsa, tapi milik semua yang mahu mencari kebenaran dan kemajuan.
Ilmu dunia bantu urus akhirat. Ilmu akhirat tunjuk arah dalam dunia.
Comments
Post a Comment