Alhamdulillah, hari ini berbuka puasa di rumah.
Bertolak balik tadi selepas solat Subuh dan matahari nampak dah.
Syukur alhamdulillah sampai rumah dengan selamat dan sempat solat Jumaat di Kg Banggol Lepah.
Che kak apalagi, tidur macam kita yang terpaling penat memandu Axia merah. 🤪
Suami masak lauk kurma ayam dan ikan masin yang dibeli di Kedah.
Kak Ilah nak makan nasi kerabu dengan lauk ayam bakar kaler merah.
Beli di bazar aje lah. Umi korang bukannya rajin nak masak benda renyah.
Anak-anak nak beli di bazar dan dapatlah keluar membeli sebab abang Aiman ada di rumah.
Jadi pemandu adik la jawabnya sepanjang bercuti kerana umi dah bagi tauliah.
Alhamdulillah makanan dan air tidak dibazirkan dan tiada makanan yang dibuang dalam tong sampah.
Boleh ke claim donut kalau guna roti beger kosong celup coklat dan tak takut ke kena sumpah?

Comments
Post a Comment