Sambung cerita hari kedua pula. Kami bersarapan di kedai roti canai terbang di Pokok Sena.
Che kak order roti pisang dan pesan siap-siap campur telur sebab dalam senarai menu tiada.
Hairan bin ajaib apabila air yang dipesan tidak sampai ke meja.
Tunggu punya tunggu sebab roti dalam perut dah dihadam oleh enzim pepsin yang merupakan enzim utama.
Maka che kak pergi bertanya. Takkan la teh o beng dan sky juice kena ambil masa yang lama.
Selesai minum, kami bertolak ke Pendang Waterfront sebab anak-anak nak mandi air kolam termasuk che kak pun sama.
Kolamnya kecil dan sesuai untuk budak-budak je yang main dan che kak lupakan hasrat nak berendam bersama.
Asalkan anak-anak bahagia cipta kenangan sesama mereka. Harga tiket tiga ringgit sahaja. Tetapi memori tercipta bersama mahal harganya.
Dah puas mandi manda, kami singgah makan di mi sup kedai viral juga.
Guna sistem nombor QMS macam klinik kesihatan dan tiba-tiba rasa malu menjelma. Ytjt la ya😌
Walaupun kedai viral tapi che kak tak teruja. Mi sup tak kena dengan selera. Mungkin sebab dah minum banyak air kosong sebab dahaga.
Balik rumah dan layan cerita hantu pula. Tapi tu lah hantu tengok che kak tidur pula.
Dah tua-tua best lagi tidur sebab sekarang ni boleh tengok movie bila-bila masa sahaja.
Kalau dulu ye kena tunggu cerita sampai habis sebab raya tahun depan pula di ulang tayangnya.
Bangun tidur lapar la pula. Sup ayam pencen lawan dengan sambal bilis pedas maka makan nasi menambah nambah la pula.
Okey sekian cerita semalam punya. Selamat menyambut bulan puasa. Jangan lupa sahur untuk dapatkan keberkatan dan makan sekadar sahaja masa berbuka puasa.











Comments
Post a Comment