Tadi ternampak seorang wanita sedang mengacau sesuatu dan wangi baunya.
Ada kayu api yang menyala di bawah periuk tembaga.
Pulut manis yang dimasak bersama daun pandan, manisan dan gula.
Santan? Tak pasti la pula.
Menggamit nostalgia guna dapur kayu masa kanak-kanak riang ria.
Masak air guna dapur kayu sangat sedap rasanya.
Bau asap api kayu sebati dengan adunan dalam periuk belanga.
Terus tanya makcik jual ke?
Beli beberapa bekas kerana bau nostalgia itu yang menggamit memori lama.
Mahal murah tolak tepi kerana duit gaji masih ada.

Comments
Post a Comment