1001 kisah masyarakat
Tak logik tapi itu hakikat
Berkopiah banyak ilmu tarikat
Rupanya modal untuk kebas duit sedekah dan zakat
Owner pusat tahfiz kaya dibuat buat
Tambah bini sampai empat
Beli kereta mahal dan banglo empat tingkat
Suruh bentang audit mulalah menggelabah biawak tengah sarat
Rasuah dan pecah amanah berleluasa dan tak takut dah azab akhirat
Tak sedar lagi dunia hampir kiamat
Lupa kali dengan Tuhan Maha Melihat
Hidup tak tenang kerana hilang berkat dan jauh dari rahmat
Ikan makan anak tak kira haruan atau sepat
R***l anak comel atau cacat
Punggung dah berbirat birat
Hancur kulit dan isi kena sebat
Dapat pula mak yang musibat
Back up suami kononnya baik macam malaikat
Tak kasihan pada zuriat
Walhal si anak la harta dunia akhirat
Tambah anak setiap tahun tak menyempat nyempat
Malas nak kerja sebab dah sakit urat
Anak-anak terabai tak cukup zat
Rela bergolok bergadai beli dadah sebab dunia punya nikmat
Agama suruh berusaha dengan tulang empat kerat
Meminta-meminta siap bagi qr lagi mudah dan cepat
Bagi kerja katanya tak sempat
Eh kata tak kerja jadi apa yang sibuk sangat
Runtuh tiang agama kerana tak solat
Agama dipijak-pijak sampai lumat
Tuhan yang suruh tutup aurat
Tapi ego tak bertempat
Baca Quran terasa berat
Tengok joget dalam tik tok rasa hebat
Makcik tua berjoget sakan lupa agaknya di sebelah ada malaikat
Bila dah mati baru sibuk suruh waris delete akaun tak bermanfaat

Comments
Post a Comment