Dah lama tak bawa anak-anak bercuti ke luar negeri.
Sempena cuti Tahun Baru Cina selama dua hari dan tambah cuti rehat sendiri selama sehari.
Maka jadilah percutian ke Kedah sebagai destinasi pilihan kami.
Tepat jam 4.00 pagi kami bertolak dan singgah solat Subuh di Titiwangsa dan airnya sangat sejuk terketar-ketar sendi.
Tahniah Abang Aiman kerana berjaya memandu dengan baik walaupun kabus tebal dan umi tertidur dengan senang hati.
Bawa bekal air kotak dan biskut yang dibeli di kedai eco gara-gara malas nak masak sebab takut lupa tutup api.
Singgah sarapan di Baling dan che kak makan nasi lauk kambing masak kari. Mentang-mentang baru dapat gaji.
Singgah di Tanjung Dawai beli ikan masin, ikan bilis, belacan dan udang kering serta baju bundle gambar mickey.
Niat nak naik bot tapi tak tercapai kerana tiada orang di jeti.
Suka tengok pemandangan hijau sawah padi dan bukit bukaunya sebab tu nama diberi Jelapang Padi.
Perjalanan diteruskan dan tumpang bermalam di rumah saudara kami. Bermalam di rumah Abang Haziq Baihaqy.
Seronok dapat jumpa abang Ahyad yang belajar di Bukhary.
Kesian juga dengan mak abang Haziq kerana kurang sihat dan tetap melayani kami.
Kami dijamu dengan nasi lauk ayam masak kari. Sedap hingga menjilat jari.
Pada waktu malam kami makan western food pula untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami.
Selesai cerita semalam punya dan cerita hari ini belum lagi.












Comments
Post a Comment