Ada kawan tanya kenapa blog nama haslizasayang. 💖
Sebab dalam hati che kak ada kasih sayang. Tapi tak reti nak tunjuk rasa sayang. 💞
Siapalah kita nak benci pada orang kerana kita juga hamba Allah yang banyak khilaf.💔
Sayang pada seseorang dengan seikhlas hati. Terima kita dengan seadanya. Baik buruk kita, baik buruk seseorang kita tetap terima dengan hati terbuka.✌
Rasa sayang tak boleh dipaksa. Apatah lagi dibeli dengan wang ringgit. 💵
Orang sayang, alhamdulillah. Kalau orang tak sayang, takpelah. Jangan dipaksa. Kalau hati kita terluka, cepat-cepat balut hati "Allah ada".
Lebih baik kita kejar kasih sayang Allah. Kerana Allah sebaik2 tempat kita berkasih sayang.❤
Blog hasliza.biz tempat simpan nota. Konon nak beli hasliza.com. Tapi mahal yak amat. Ribu riban. Mahal sangat rupanya nama hasliza😂😂.
Guna blog free je la kan. Tu pun tak terjaga. Asyik bersawang. Blog adalah antara tempat che kak release tension selain layan katalog tapperware dan kedai 2 hengget 😆😆.
Comments
Post a Comment