Bukan Sekadar Laksa – Catatan 15.9.2022

Alhamdulillah, tumpang rezeki hari ini (15.9.2022).

Rezeki dapat makan laksa Penang air tangan staf JKM Pasir Puteh. Semuanya berlaku secara spontan je. Tiba-tiba depa plan nak masak dan makan sama-sama. Seronok betul bila suasana kerja jadi mesra, penuh gelak tawa dan ukhwah.


Yang menariknya, masing-masing memang berbakat dalam bab masak-memasak. Tak ada sukatan bagai – main campak-campak ikut rasa hati. Dah macam babak dalam cerita P. Ramlee. Tambah garam, gula, asam keping… haaaa jadi laaa "laksa sedap ikut rasa"! ðŸĪŠ


Kuah laksa ni, orang kata lagi lama lagi padu. Tapi biasalah, perut dah tak sabar – tak kuasa nak tunggu lama-lama. Sampai terlupa nak tambah otak-otak udang petis (betul ke ejaan tu?) yang dah siap beli semalam. 😅


Tapi... bukan soal laksa je sebenarnya. Hari ni Allah tunjuk satu pengajaran. Kita tak tahu rezeki siapa yang Allah nak bagi. Mungkin ada dalam kalangan kawan-kawan opis yang tengah sempit, mungkin ada yang tak sempat makan pagi tadi. Dengan adanya makan-makan macam ni, mereka boleh kenyang. Alhamdulillah.


Kadang-kadang, rezeki bukan dalam bentuk wang semata.

Ia boleh jadi masa, tenaga, resipi, layanan ikhlas, atau sekadar senyuman semasa suap kawan makan. Kita tak tahu, mungkin hari ni Allah beri pahala pada kita hanya kerana secawan kuah laksa yang dikongsi.


Ya Allah, semoga ada sokmo makan-makan yang mengenyangkan perut dan menggembirakan hati.

Amin ðŸĪē











Comments