ABANG AIMAN BERGAMBAR DENGAN PROF RIDHUAN TEE

Che kak masih ingat waktu umur 18 tahun, berpeluang hadir ceramah Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah di UPM. Waktu itu, rasa kagum, rasa sedar, dan rasa mahu jadi manusia berguna menyelinap dalam diri.


Hari ini, selepas bertahun-tahun, che kak melihat pula anak sulung che kak — Abang Aiman — pada umur yang sama, mendengar suara yang sama. Subhanallah, giliran dia pula untuk merasai apa yang pernah che kak rasa. Giliran dia pula untuk mula membina kefahaman, pendirian, dan hala tuju sebagai lelaki dan hamba Allah.


Takdir Allah itu cantik. Bila kita pandang dengan hati yang penuh syukur, semuanya terasa cukup. Moga langkah Aiman sentiasa dalam lindungan dan bimbingan Ilahi.








Comments