Review Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

🎎 Che Kak Review Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa – Real Macam Perang Betul!

Che kak memang peminat tegar filem perang.
Citer zaman dinasti, perang Jepun, Korea, omputeh, semua che kak sapu tengok. Tak kisah la best ke tak, asalkan ada bunyi bom dan jet, che kak onz je. Tapi bila dengar filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa nak keluar, haaa yang ni lain macam semangat membuak-buak nak tengok.

Filem melayu perang kot! Bukan cinta anak Dato’ kahwin anak tukang sapu ya. ðŸĪŠ

Tapi... tak sabar tunggu tayangan kat Astro. Tengok kat pawagam lain feeling dia. Kalau kat rumah, tengok belum habis dah ada suara:

“Yang, gorengkan keropok jap.”
“Mama, ajar matematik ni...”
Hangin satu badan dibuatnya. Tak pasal-pasal che kak jadi isteri derhaka tak bau syurga. 😆

🎟️ Misi KTCC Mall Bermula

Kebetulan nak melawat anakanda Abang Aiman kat sana, che kak sekeluarga singgah la tengok kat KTCC Mall. Abang Aiman ada program, so kami terus booking seat. Misi menonton pun bermula.

Dan che kak nak bagitau — berbaloi sangat labur duit beli tiket!
Sanggup che kak puasa pergi Watson sebulan demi movie ni. ðŸĪ­

Sekali sekala kita support la industri filem tanah air. Filem perang macam ni bukan senang nak buat. Kalau kutipan tinggi, depa pun bersemangat nak buat lagi filem yang mantap-mantap.

ðŸ’Ĩ Aksi Real, Jet Real, Perasaan Pun Real

Yang che kak suka, filem ni nampak realistik walaupun negara Namburi tu negara rekaan. Tapi suasana perang dia hidup. Jet, uniform, lokasi, aksi… semua nampak macam betul-betul kat medan perang.

Aksi tembak-menembak, bom, strategi askar, semua ada.
Yang cintan cintun manja-manja tu minimal je. Elok sangat. Kita nak tengok askar gagah, bukan hero menangis kena tinggal awek.

🊖 Pelakon & Watak – Takde Muka Jambu!

Watak pun che kak suka. Tak kenal semua pelakon pun takpe.
Janji depa tak pilih muka jambu jadi askar. Nama pun askar, biar nampak real.

Nama-nama pun menarik:
Mantis, Lejen, Rock, Tuai, Gaban, Paco, Hujan, Cyper, Spoon – macam nama gamer PUBG pun ada. Tapi semua nampak menjadi.

Watak Natrah si wartawan dokumentari tu mula-mula che kak rasa macam menyemak sikit. Tapi bila fikir balik, menjadi jugak la dia bawa watak tu sebab sampai che kak rasa annoying. 😂

Watak Matno jurukamera pun che kak suka. Natural je lakonan dia.

Cuma che kak tertanya juga — kenapa Paco yang ada masalah psikologi (tak boleh move on dari kematian anak dia) dibenarkan ikut misi kemanusiaan? Hmm, mungkin drama sikit kat situ. ðŸĪ”

🌟 Nilai Murni & Teamwork

Che kak paling suka bila filem ni tekankan disiplin & semangat kerja berpasukan.
Walaupun ada yang ego dan bergaduh secara peribadi, tapi bila kena tugasan, semua ikut arahan. Takde nak bantah ketua macam kita dalam pejabat:

“Surat jam 10 pagi, jam 5 petang baru nak hantar!” 😜

Semangat setiakawan, amanah, dan fokus pada misi tu sangat jelas dalam filem ni. Rasa bangga pula tengok bila semua ikut disiplin dan SOP tentera.


ðŸ“―️ Overall: Recommended Giler!

Kalau korang pernah tengok Tears of the Sun, haaa filem ni ada vibe lebih kurang gitu. Tapi versi Malaysia la. Ada semangat, ada aksi, ada drama… cukup rasa!

Che kak bagi rating: 9.3/10
Sebab: Aksi realistik, jalan cerita kuat, visual cantik, dan yang penting, tak meleret-leret.

✍️ Penutup Che Kak

Buat sesiapa yang dok fikir-fikir nak tengok ke tidak tu, che kak recommend sangat!

Support la filem kita. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Dan buat TUDM — salute dari che kak! Terima kasih kerana benarkan penggambaran dan jaga imej negara dengan baik.

Sekian dari che kak. Yang masih belum tengok tu — misi anda bermula sekarang! ðŸŽ–️ðŸ‡ēðŸ‡ū



Comments