Graduan Tak Semestinya Makan Gaji: Kemiskinan Bukan Untuk Diwarisi

GRADUAN – KERJA MAKAN GAJI VS KERJA SENDIRI

Apabila che kak dapat tahu anak-anak klien che kak dah tamat belajar di universiti, hati ni rasa syukur dan bangga. Che kak tahu, itu bukan satu perjalanan yang mudah. Penuh liku, penuh pengorbanan. Tapi bila sampai ke garisan penamat tu, alangkah manisnya.

Che kak cuma pesan satu:
“Ingat jasa mak ayah. Doa mereka senjata paling kuat.”

Tapi...
Lepas habis belajar, satu isu mula muncul. Kerja.

Majoriti nak kerja kerajaan. Termasuklah che kak dulu. 2 tahun jugalah baru dapat kerja tetap. Makan gaji, ada slip, ada pencen. Stabil, katanya.



Tapi che kak perasan satu benda.
Bila tanya mak ayah pasal anak-anak:

“Kijo uduh-uduh jah, takdok sore pun kijo make gaji dgn kerajae…”

Allahu. Sakitnya tu di sini.
Kenapa masih ramai anggap kerja selain kerajaan tu tak ada masa depan?
Takkan kilang tu hina? Takkan berniaga tu rendah martabat?
Ramai je graduan jadi petani moden, usahawan berjaya, freelancer… dan mereka sebenarnya lebih fleksibel & bebas!


Che kak teringat satu kisah.
Seorang anak perempuan, bila dia bagitahu mak dia nak kahwin, si ibu tolak sebab keluarga lelaki tu takde siapa pun masuk universiti.
Ilmu itu penting, tapi budi dan usaha itu lebih utama.



Gambar hiasan

๐Ÿ’กImpian Che Kak: Program Khas Graduan Usahawan

Che kak tengah rancang satu program:
๐ŸŽฏ “Kemiskinan Bukan Untuk Diwarisi”

Khas untuk anak muda, khususnya anak-anak klien che kak yang ada potensi dalam dunia perniagaan. Yang mungkin pernah gagal, tapi tak putus asa. Yang mungkin bermula dari kosong, tapi ada semangat nak ubah nasib keluarga.


๐Ÿ“† Ahad ni che kak nak bincang dengan boss. Harap menjadi! Boss che kak ni memang idea dia bukan biasa-biasa. ๐Ÿ˜„


Graduan zaman sekarang kena berani buat pilihan sendiri.


Kalau makan gaji bukan rezeki kita, mungkin kita ditakdirkan cipta peluang kerja untuk orang lain pula.


Comments