Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Tanpa Modal?
🌟 “Che Kak Bukan Usahawan Hebat… Tapi Nak Kongsi Cerita Sikit”
Che Kak bukanlah usahawan berjaya yang income puluh ribu sebulan, tapi Che Kak nak kongsi pengalaman kecil yang mungkin bermanfaat, terutama buat ibu tunggal, isteri suri rumah, atau sesiapa sahaja yang masih tercari-cari arah nak tambah pendapatan.
Ramai sebenarnya masih produktif, masih sihat, masih ada tenaga — cuma tak nampak ruang dan peluang.
💬 "Che Kak Pandai Nasihat Je… Tapi Buat Sendiri?"
Jujur ya, Che Kak ni jenis pandai bagi nasihat, tapi bila nak buat sendiri… perghhh, angkat bendera putih! 😅
Tapi tak apa. Che Kak suka ikut dan belajar dari orang yang dah berjaya. Kutip ilmu, dengar kisah jatuh bangun orang lain, supaya Che Kak dapat bantu klien-klien yang sering mengadu buntu cari rezeki.
💡 Nak Berniaga Tapi Takde Modal? Cuba Cara Ini!
✅ 1. Bisnes Tanpa Modal atau Modal Kecil
✅ 2. Guna Apa Yang Ada
Ada kemahiran masak? Pandai buat cekodok bawang? Haa itu pun dah cukup. Buat sedap-sedap, bungkus cantik-cantik, letak dekat kedai kopi, kantin sekolah, atau minta tumpang jual di gerai orang.
Yang penting: usaha dengan apa yang ada. Modal kecil tak bermaksud peluang kecil.
🛍️ Dropship Pun Boleh!
Rajin-rajin promote di media sosial. Bukan seminggu sekali post, lepas tu senyap.
📣 Kunci Bisnes: Usaha & Istiqamah
🙌 Cari Idola dan Inspirasi
💰 Mula dengan Syukur, Bukan Tamak
Jangan kejar untung besar dari awal. Che Kak selalu pesan:
“Untung seringgit pun dah syukur. Yang penting, seronok berniaga dulu.”
Bila kita dah minat produk, suka bisnes, dan ada aura positif, insyaAllah rezeki akan menyusul.
🤦♀️ Produk Kena Seiring dengan Diri Sendiri
Contoh ya:
- Jangan jual produk putihkan kulit kalau kita sendiri rentung berjemur 😅
- Jangan jual kosmetik kalau kita sendiri tak jaga wajah.
- Jangan jual susu kambing kalau tak pernah rasa pun!Mana mungkin nak yakinkan orang lain kalau kita sendiri tak yakin.
Comments
Post a Comment