KENAPA PERLU MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

Menutup aurat dengan sempurna bukan bermakna wanita itu suci tanpa dosa dan bukan jaminan dia ahli syurga.

Ia dilakukan atas dasar ketaatan kerana Allah yang memerintahkannya.

Bukan soal siapa ustazah atau siapa bukan.


Gambar ehsan google



Konsep menutup aurat juga bukan sekadar memakai tudung dan bukan hanya membungkus kepala. 

Ia merangkumi adab, batasan dan keseluruhan cara berpakaian seperti yang ditetapkan syarak.

Menutup aurat dengan sempurna memang tidak mudah.

Istiqamah dalam perkara baik sememangnya susah.

Ia menuntut kekuatan semangat, kekentalan hati dan keazaman untuk sentiasa meletakkan Allah di hadapan dalam setiap keputusan.

Dosa membuka aurat bukan hanya ditanggung oleh diri sendiri.

Bapa dan suami juga turut menerima tempiasnya jika membiarkan tanpa teguran dan bimbingan.

Apa pun, che kak tertarik dengan kata-kata Mufti Pahang:

“Jika kita bertemu dengannya, jangan marah atau mempersoalkan tindakannya (membuka tudung).

Sebaliknya, katakanlah: Allah sayang kepada orang yang menutup aurat.”

Kerana hidayah itu hadir melalui kasih dan hikmah, bukan celaan.



Comments