Tanggungjawab Nafkah: Bukan Pilihan, Tapi Kewajipan


1. Hubungan Bapa-Anak Tidak Pernah Putus

"Walau bergelar bekas suami, tapi tidak pernah ada istilah bekas bapa."
Ramai lupa bahawa talak hanya memutuskan ikatan suami isteri, bukan hubungan antara ayah dan anak. Tanggungjawab kekal sampai anak dewasa dan sepatutnya sampai mereka berjaya.


2. Realiti Anak-anak Yang Terkorban Selepas Perceraian

Hati che kak rasa pilu melihat si anak yang berusia 12 tahun yang akan menghadapi peperiksaan UPSR nanti, telah bersusah payah mencari rezeki di sekitar tempat pembuangan sampah bersama ibunya. Dah biasa sangat tak bawa duit saku ke sekolah. Dah biasa sangat menahan lapar sebab kehabisan makanan kat rumah termasuk beras.

Tiada baju sekolah baru, tiada buku, tiada duit saku. Bagaimana si anak nak belajar dengan baik.


3. Nafkah Anak: Tanggungjawab Yang Jelas Dalam Agama dan Undang-Undang

Nafkah bukan pilihan. Ia adalah kewajipan syarie dan moral.
Keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan dan perlindungan termasuk dalam tanggungjawab nafkah.


4. Kenapa Bekas Isteri Ramai Tidak Membuat Tuntutan di Mahkamah?

Bukan sebab tidak tahu hak, tetapi kerana penat, malu, dan tidak mahu membuang masa.
Mereka lebih rela mengikat perut daripada melalui prosedur panjang.


 gambar hiasan hasil google http://aceh.tribunnews.com


5. Si Ibu Terpaksa Pikul Segalanya

Jaga anak-anak, urus kehidupan, urus anak OKU.
"Sekurang-kurangnya, jika si bapa tunaikan nafkah, sedikit ringan beban si ibu."


6. Apabila Tua, Baru Mahu Mengaku Anak

 Zaman muda abaikan anak. Bila tua, mahu bermanja dan mengharap balasan.
Tapi anak yang pernah dilukai hatinya mungkin sudah tawar. Jangan cepat menuduh derhaka, jika dahulu kita yang derhaka sebagai bapa.


7. Wahai Lelaki, Renungkan:

 “Adakah anda akan jatuh miskin jika beri nafkah kepada anak-anak?”
“Adakah anda rasa lelaki hanya kuat bila pandai buat anak, tapi gagal memberi nafkah?”
Jika ya, maka harga diri anda tidak lebih mahal dari sekeping roti yang anak itu tahan untuk beli.


Jangan jadikan nama "bapa" sekadar pada surat beranak. Jadikan ia tanda tanggungjawab dan kasih sayang.
Anak-anak tidak minta dilahirkan, tapi mereka layak dibesarkan dengan penuh cinta dan cukup keperluan.

Comments