Harga Sunnah, Tapi Perangai Syaitonirrojim?
Che kak bukan nak marah, tapi geram tu ada la sikit. 😤 Mana taknya… kita ni seller kecik, baru nak up. Modal pun ciput. Beli stok sikit-sikit dulu. Hasil dari untung itulah baru boleh pusing beli stok lain.
Yang paling sedih, produk yang dijual tu produk sunnah. Tapi cara jual tu, nauzubillah... rega syaitonirrojim. Biar betul hangpa ni? Sunnah tu bukan sekadar nama pada produk – tapi termasuk dalam cara berniaga, etika, kejujuran dan keberkatan.
❌ Kesan Pada Seller Kecik
Che kak ni bukan CEO, bukan stokis besar. Cuma orang biasa yang cuba berdikari cari rezeki sendiri. Kita penat-penat promote kat media sosial, buat content, tulis info produk satu-satu... tapi customer pi beli kat Shopee sebab harga sana murah tak masuk akal.
Kita bukan dengki, tapi tak adil la. Kita ikut harga yang syarikat tetapkan. Kita nak jaga amanah. Tapi bila seller besar turunkan harga sesuka hati, habis rosak market. Orang tengok kita macam nak cekik darah pula.
📌 Bukan Tutup Periuk Nasi Orang – Tutup Keberkatan Sendiri
Rezeki ni luas, tapi jangan la rampas ruang orang lain untuk hidup. Bila kita tak jujur dalam jual beli, kita sebenarnya bukan tutup rezeki orang lain... kita tutup keberkatan dalam rezeki sendiri. Untung banyak pun, kalau tak berkat, tak ke mana.
Bernilah dengan adab. Kalau kita claim jual produk sunnah, berniagalah dengan sunnah. Hormat sesama peniaga, jaga etika, ikut harga yang ditetapkan. Kalau semua seller ‘berperang harga’, lama-lama pasaran runtuh, syarikat pun susah nak kawal dan akhirnya, semua rugi.
💬 Pesanan Ikhlas Che Kak
Kalau modal banyak tu, Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Tapi gunakanlah kelebihan tu untuk bantu pasarkan produk secara lebih sihat. Bantu peniaga kecik. Jangan runtuhkan harga pasaran semata-mata nak cepat kaya. Jangan kejar angka, tapi kejar keberkatan.
Yakinlah, rezeki Allah takkan pernah salah alamat.
Comments
Post a Comment