Jumaat Cuti Tapi Tak Cuti Juga

Hari ni cuti, tapi rutin tetap jalan. Orang berkeluarga memang takde istilah cuti betul. Anak-anak, rumah, dapur semua panggil. Orang bujang pun sibuk juga, tapi cara masing-masing la.

Walau cuti, jangan culas bab kebersihan diri tau. Jangan tunggu mandi lepas Asar baru nak beringat. 😂 Kita ni walaupun tak macam Neelofa, tapi tetap kena jaga penampilan. Guna personal care lengkap Forever dari ubat gigi, sabun avocado, scrub sampai la ke sunscreen. Aloe vera memey power

Pagi-pagi kunyah bee pollen sikit bagi tenaga. Lama dah tinggal, nasib baik sempat capai balik. Sambil-sambil tu keluar beli lauk dapur. Anak-anak sarapan nasi kerabu, Che Kak settle dengan roti je. Janji kenyang.

Lepas tu, ikut suami ke Mr. DIY baru bukak kat Ketereh. Cuci mata je la. Suami beli barang dapur, Che Kak rembat botol air. Setakat ni, saka Mr. DIY tak kuat sangat lagi. Saka kedai 2 hengget lagi padu. 😜

Petang-petang lepas makan, lipat kain, kemas rumah ikut mood. Suami tengah baiki paip dapur – nasib baik dapat suami serba boleh, ala-ala MacGyver gitu. Kalau penat, jangan paksa diri. Kemas rumah pun biar dengan hati gembira.

Tapi kalau asyik lemau memanjang, mak-mak kena usaha cari supplement yang elok. Yang sah lulus KKM, jangan sembarangan makan. Nak tradisional boleh, moden pun boleh. Tapi detox dulu baru sedap badan! Lunch lambat sikit, nasi budu dengan ikan goreng je. Lepas makan, telan Arctic Sea – minyak ikan + minyak zaitun + vitamin E. Kolesterol jahat, sila berambus! 🐟 Sambil guna, sambil jual produk Forever ni. Nak cuba? Nak jadi ahli? PM Che Kak deh. 😉 Ramai betul orang hari ni. Rasa macam warga KL balik kampung. Tolong jaga SOP ye. Kuarantin elok-elok. Sekian catatan Jumaat Che Kak. 😜

Comments