Pedihnya Teguran, Manisnya Kejayaan

 "Dik, kalau nak berjaya... hati kena kental, dik."

Lumrah jadi manusia ni, memang akan rasa malu, kecewa, segan bila kena tegur — lagi-lagi kalau depan orang ramai.

Tapi... jangan sedih lama-lama.

Jadikan teguran tu sebagai pelajaran, bukan bebanan. Belajar, perbaiki diri, cari ilmu — sikit-sikit pun takpe.


Teringat kisah che kak masa muda-muda dulu.
Boss pernah sound direct kat mesyuarat:

"Ayat ni bodoh. Ayat darjah 6." 😳
Lepas tu siap suruh semua staf baca laporan che kak. Segan weh! Merah padam muka.


Tapi staf semua diam. Mungkin sebab nak jaga hati che kak — terima kasih korang. 😅
Che kak pulak? Merajuk. Terus berkurung dalam bilik blok sebelah.
Boss ketuk pintu pun buat-buat tak dengar. Drama sangat.
Hahaha. Kalau dikenang balik… serius tolol la hoh. 🤦‍♀️🤭😂

Tapi che kak tak marah lama.
Tak berdendam. Tak berhenti.
Che kak belajar, sikit-sikit improve. Tulis elok-elok. Tulis banyak-banyak.

Dan lepas beberapa tahun...
Tuan Pengarah sendiri pernah puji laporan che kak.
Masa tu hati berbunga macam taman bunga 1Malaysia. 🌸
Padahal… belakang tabir ada boss baik hati tolong edit jugak. 😅

Moralnya, dik:
Kalau orang tegur, jangan terus down.
Tak salah belajar. Tak hina kalau belum pandai.
Yang penting… jangan berhenti cuba. 💪


Comments