Bila Allah Gerakkan Hati Pilih UniSZA
Alhamdulillah, hari ini satu lagi fasa baru bermula dalam hidup anakanda Abang Aiman – secara rasminya bergelar pelajar UniSZA.
Ada yang tanya:
“Kenapa pilih UniSZA?”“Kenapa tak mohon Asasi UIA?”
Jawapannya? Che Kak tak tahu.
Yang tahu hanyalah Allah, kerana Dia lah yang menggerakkan jari-jemari kecil itu untuk isi UniSZA sebagai pilihan pertama. Dan hari ini, bila semua dah berlaku, baru terasa hikmahnya satu per satu.
Impian Lama Yang Tertangguh
Sebenarnya, Che Kak memang suka UniSZA. Dulu, masa zaman belajar, tempat ni dikenali sebagai KUSZA. Ada niat nak sambung belajar di sana, tapi tak kesampaian… sebab tak isi borang! 😁
Zaman tu mana ada UPU macam sekarang. Nak masuk KUSZA kena isi borang sendiri – dan Che Kak terlepas peluang tu.
Tapi siapa sangka, impian yang tak tercapai dulu, kini Allah kurniakan pada anak sendiri. Subhanallah… besar sungguh aturan-Nya.
Hikmah Dekatnya Jarak & Damainya Suasana
Lagi satu sebab syukur sangat: Gong Badak, Terengganu tu dekat je – lebih kurang 2 jam dari rumah.
Tak perlu jauh-jauh ke utara, timur atau seberang laut.
Bila hantar tu, sempat juga ambil cuti 2 hari, jalan-jalan cuci mata bak kata orang, “nok ko suasano jah.” 😁
Kami bertolak hari Sabtu seawal jam 5 pagi, dan sempat singgah solat Subuh di Masjid Kayu Jerteh.
Selama 3 hari di Terengganu, memang banyak sangat suasana yang tenang, damai, dan menyenangkan.
Nanti Kalau Ada Rajin…
InsyaAllah, kalau ada kesempatan dan kerajinan, Che Kak nak tulis kisah penuh 3 hari tu. Tapi tulis blog ni bukan setakat kena ada idea – kena ada skala kerajinan yang tak terbelah bagi juga! 😆
Comments
Post a Comment