Kerja Tak Akan Habis, Tapi Kesihatan Kita Ada Hadnya

Kita bekerja untuk mencari rezeki, untuk diri dan keluarga. Tapi apa jadi kalau badan dah tak larat, kesihatan merosot, atau hilang mata pencarian? Siapa yang akan bantu kita nanti?

Che kak masih ingat waktu mula-mula kerja dulu. Tengah hari pun masih ligat buat kerja. Masa tu semangat membara, berdarah muda. Ex-boss datang tanya kenapa tak pergi lunch. Che kak jawab nak siapkan kerja sikit.


Tapi jawapan dia buat che kak terdiam dan ingat sampai sekarang:

"Liza, kau mati pun ada orang akan buat kerja kau. Dah! Pergi makan."


Kata-kata tu berbekas dalam hati dan jadi pengajaran seumur hidup. Sejak hari tu, waktu tengah hari memang akan keluar rehat  walaupun tak lapar, cuci mata pun jadilah.




Gitulah nak... bila diberi tugasan, buatlah sebaik mungkin mengikut kemampuan. Tapi dalam masa yang sama, kena pandai jaga masa, jaga diri, dan jaga keluarga.


Penat dan sibuk macam mana pun, rehat itu wajib. Jangan sampai badan rosak kerana kerja. Kerja tak akan habis tapi kita boleh 'habis' kalau tak berhenti.


Dan satu lagi, jangan buang masa bergaduh kerana hal kerja. Tak untung pun. Bak kata mantan Penyelaras PU JKM PP:


"Doh mung pilih nok bbaloh. Molek-molek ado jah ore buleh siap kajisemula dan penyata bayaran walaupun tak maroh. Tengok Baha. Ado dio maroh-maroh?"


Hidup ni dah cukup mencabar. Kalau boleh, tenangkan, mudahkan, dan saling bantu.


Jaga diri, jaga hati, dan ingat  rezeki tak pernah salah alamat.

Comments