Baru-baru ini, ada seorang kawan hubungi che kak minta pandangan patutkah dia kekal di unit sedia ada atau tukar ke unit lain seperti ditawarkan oleh bosnya?
Sejujurnya, che kak tak mampu buat keputusan bagi pihak dia. Hanya dia yang lebih tahu kekuatan dan kemampuan dirinya sendiri. Tapi, sebagai perkongsian, izinkan che kak kongsi sedikit pengalaman sendiri. Harapnya boleh jadi bahan fikir.
21 Tahun berkhidmat, 15 Tahun Dalam Unit Bantuan
Sejak mula berkhidmat di JKMWPKL, che kak terus ditempatkan di Bahagian Perkhidmatan Bantuan. Kemudian berpindah ke JKM Pasir Mas, 8 tahun di unit Sosio Ekonomi & Bantuan (EB). Masa tu, lekatlah gelaran “Kak Za EB” sebab ada kawan sama nama.
![]() |
Gambar kenangan semasa di JKM Pasir Mas |
Pindah ke JKM Pasir Puteh, teraju pula Unit Kebajikan Produktif (PW) selama 4 tahun sebelum beralih ke Penguatkuasaan dan Komuniti.
Walaupun unit bertukar nama, kerja tetap sama: urus permohonan dan bayaran bantuan bulanan.
Rutin Yang Tak Pernah Sunyi
Siasat permohonan baru – layak atau tidak?
Kajisemula tahunan (dulu panggil “ulangkaji”) – sambung atau tamat?
Awal bulan – urus penyata, sediakan bayaran.
Dulu-dulu – bawa duit tunai ke pusat bayaran, seram wehh!
Sejak 2018 – lega sebab semua dikredit ke akaun klien. Tak pegang cash, risiko tinggi sangat.
Pantau peruntukan bulanan & hujung tahun. Tersilap kira – jawab STS!
Bergaduh dengan bos sebab bajet? Biasalah. Tapi lepas settle, “jom pi makan”.
![]() |
Unit Bantuan: Berat Tapi Berharga
Kalau jadi penyelaras unit bantuan:
Kena cekap dan sabar.
Staf kena “padu” – siasatan, kajisemula, penyata semua siap, tanpa perlu disuruh-suruh.
Kena tahu kawal emosi – jangan cepat naik angin.
Kena kerja rapat dengan PT (W), bukan buat kerja sorang-sorang.
Dan paling penting: jangan syok sendiri.
Lepas Tukar Unit, Baru Tahu…
Lepas tukar unit, baru che kak sedar rupa-rupanya semua unit pun ada beban kerja tersendiri. Dulu ingat unit lain “senang” sebab staf diam tak mengadu.
Ampun ya semua…
Coretan ini ditulis pada: 23 Ogos 2023
Comments
Post a Comment